Monday, September 20, 2010

Bazaar




Suasana di bazaar geylang sungguh kecoh dan meriah sekali pada bulan ramadhan . Ramai org membeli-belah mencari baju kurung untuk perayaan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi . Bazaar itu dipenuhi dengan kebanyakkan orang melayu . Mereka sedang sibuk mencari segala keperlukan untuk menyambut hari raya .

Keadan suasana di bazaar raya lebih menarik perhatian apabila mendapati pelbagai bangsa turut berada di sana. Saya berpendapat bahawa mereka pergi ke sana untuk merasai pelbagai aneka makanan yang dijual di situ . Antara makanan yang dijual disitu ialah :




Makanan kegemaran orang jepun , takoyaki , juga ada di bazaar geylang.




Kebab .




Air katira ; air kegemaran ramai orang melayu .




Dan juga tidak ketinggalan , Ramli Burger . Burger kegemaran orang melayu .



Selain daripada makanan yang dijual di sana , ada juga barang-barang seperti sampul duit raya , songkok , samping dan banyak barangan lain yang boleh didapatkan di geylang serai . Tidak lupa dengan baju-baju kurung yang berwarna-warni dipamerkan di bazaar itu . Di situ terdapat baju kurung lelaki :



Dan juga baju kurung perempuan :




Terdapat pelbagai macam baju kurung . Ada yang berkain songket , baju kebaya , baju kurung dan lain - lain lagi . Setelah penat-lelah berjalan-jalan dan waktu berbuka juga tidak lama lagi , ramai orang muslim bergegas mencari tempat duduk di pasar geylang yang terdapat gerai-gerai makanan . Ada juga yang seawal sejam sebelum waktu berbuka sudah pilih meja makan untuk berbuka nanti . Iaitu kerana , di situ ada ramai sangat orang dan mereka sudah pasti jika tidak cukup awal untuk mencari tempat duduk , mereka tidak dapat makan di situ .


Walau bagaimana pun , suasana di geylang raya sungguh meriah dan gembira . Ramai orang sedang menanti ketibaan syahwal nanti . Semangat untuk beraya dan menyambut perayaan itu dapat dirasakan apabila kami tiba di geylang . Dengan ini tamatlah project saya . :)